Friday, August 14, 2020

New Family - Anju

Untuk pertama kalinya.. Liy dapat juga bela anak bulus.. Kali ni bela yang jenis bulu panjang...hai..entahlah.. Jenis baka apa tah... Sampai je rumah liy..ly minta adik ly ke rumah pembekal sangkar kucing di taman cengal utama.. Murah jugak dalam rm40.00.. Tapi still rungsing sebab..liy kesian tgk Anju selsema..lembik.. Lagi2 time dia bersin..keluar hinggus..aduhaii... Kesian.. Mujur liy ada sepupu yang sangat2 arif tentang kucing..kira dia sifu la.. Dia minta hantat vaksin dulu.. Tp kalau xsihat xboleh vaksin.. Baik... Jd liy nekad esoknya cuti dan menguruskan Anju sehari suntuk... Ermm...alhamdulilah...malamnya mata dia ok..xdelah selepet tahi mata... Syukur...doktor hisyam pun sama2 doakan anju..agar selsemanya sembuh... Sebab.. Doktoe hisyam ckp..kucing biasanya ada yang selsema sampai hayat.. Ooohh tidakk..masa anju ken suntik..liy tekup tangan mulut...seram lak rasa..tp doktor hisyam pantas buat kerja... Terima kasih banyak2 doktor...esok2..vaksin liy minta adik liy yang bawa nanti...i is x sampai hati🤭🤭 tapi...inilah pertama kali liy kena kencing dengan kucing... Tibe panas je peha..anju buat tandas sendiri😅😅

The Purr-fect Anju

Hi.. Lily here!!!!
Start from today.. Suka saya nak beritahu yang blog ni akan update tentang my little baby Anju..

Pada 11hb Ogos 2020, mama liy jumpa seekor anak bulu yang lincah..yup..dia stray cat yang cantik.. Almaklumla..x berbela..bertahi mata...mata berair dan selsema.. Mama jenis xsuka adopt pet yang sebarang... Tapi yg anju ni mama suka sangat..nama pun mama yang bagi.. Nama samaran mama ajie.. Jadi dia namakan anak bulus tu.. Anju..kalau letak Aji..nanti dua-dua menyahut🤭🤭.. Liy pun dah jatuh sayang dengan dia...

Wednesday, June 19, 2019

Andai Itu Jodoh Kita



Kedengaran pintunya bertalu-talu diketuk, Adam jadi panik lalu dia merangkak dibawah meja. Dia bertindak begitu selepas mendengar suara mamanya dibalik pintu.
            “Adam Safwan!” lama Adam mengerekot dibawah meja dengan harapan Datin Sara tidak menjumpainya.
            “Kamu jangan sampai mama jumpa, kalau mama dapat jumpa tahulah nasib kamu.” bicara Datin Sara berbaur ugutan.
            “Ma, Adam disini.” muncullah anak teruna Datin Sara sambil membetulkan bajunya yang berkedut. Berpura-pura sedang mengambil sesuatu.
            “Kamu buat apa dibawah tu?” Datin Sara mencekak pinggang.
            “Pen jatuh.” Adam membetulkan duduknya, dia membuka fail tender yang baharu sahaja diserahkan oleh Marzuin.
            “Lama betul kutip? Ini mama nak tanya, kenapa Adam tak pergi temujanji dengan anak Puan Sri Suraya? Malu mama tadi.” Datin Sara menarik kerusi yang berada dihadapan Adam. Adam menelan air liur.
“Aduhai! Apa saja mama ni.”  dalam hatinya.
            “Adam ada meeting..”  belum habis bicara mamanya memotong.
            “..amboi, sudah pandai menipu mama ya?” sekali lagi dia menelan air liur. Adam menghampiri mamanya lalu mencium tangan lembut Datin Sara.
            “Mama, Adam lupa. Adam minta maaf.” Datin Sara senyum.
            “Oh, lupa. Kenapa tak beritahu awal-awal. Boleh mama tolong ingatkan Adam. Adam, kamu sudah 37 tahun. Bila lah agaknya mama mahu merasa cucu.” Adam kembali ke tempatnya tadi.
            “Mama, sebentar.”
            “Marzuin, bawakan dua cawan kopi ya.” Adam memesan minuman melalui intercom.
            “Adam, mama sekejap je. Mama betul-betul terasa dengan Puan sri tadi. Dia sindir mama. Itu yang buat mama angin satu badan.” Datin Sara muncung dan Adam senyum. Dia sangat menyenangi emak tirinya selama 25 tahun Datin Sara mengasuhinya seperti anak sendiri. Pada mulanya mereka agak kekok kerana slanga mamanya yang berasal dari Indonesia. Biarpun dia barusan memeluk agama islam mamanya tidak pernah melupakan perkara-perkara wajib islam.
           
25 Tahun Lalu,
            “Adam. Ini makcik Ozan Mili. Papa sudah bernikah dengan dia, jadi nama islam dia Sara Ozan. Salam.” Adam akur dengan arahan papanya, Datuk Rahim.
            “Apa khabar anak kecil. Namamu Adam ya?” Adam cuma mengangguk dengan matanya tertumpu pada wajah emak tirinya.
            “Kenapa? Ngak suka sama tante?” soal Datin Sara. Adam yang baru berusia 12 tahun lalu menangis dan memeluk Sara kemas. Rahim menjadi kehairanan dan berkerut dahinya.
            “Mama…” hanya itu yang muncul dimulut Adam. Datin Sara ketika itu hanya mampu menitiskan airmata dan membalas pelukan Adam.
            “Iya sayang. Mama disini.” Rahim juga turut memeluk. Sayu hatinya melihat isterinya berjujuran airmata.
Datin Sara menepuk tangan Adam selepas melihat Adam tidak memberi respon pada setiap katanya. Dia.
            “Hah..apa kata mama, bagi papa anak baru je. Nak tunggu Adam sampai bertongkat tiga belum tentu dapat,ma.” Sara ketawa.
            “Pandai kamu tukar cerita. Boleh lagi ke mama dapat baby? Tapi rasanya mama sudah tualah Adam.” Adam sungguh-sungguh mengangguk.
            “Anak angkat pun boleh ma. Nanti kita sama-sama jaga.” Sokong Adam.
            “Rasa kamu papa suka tak?” soal Datin Sara.
            “Papa mestilah happy, Adam lagi happy dapat adik baru.” bodek Adam.
            “Iye ke? Habis tu adik yang sekarang ni pun susah mama nak jaga. Mama rindu sangat pada Diana.” Suara Sara menjadi sayu. Adam senyum tawar. Dia sudah tersalah bicara mengenai adik. Iya, hampir 5 tahun adiknya tidak pulang kerumah, Adam diam lagi, Datin Sara memulakan bicara.
            “Tapi kalau ada adik baru bukan alasan untuk kamu tak kahwin, ok! Ada faham?” amaran Datin Sara. Adam senyum sumbing.
            “Aduh, ingat juga.” keluh dalam hati.
            Next week Adam kena juga pergi temujanji tu. Please.” rayu Datin Sara. Adam memonyokkan muka.
            “Pergi je. Suka  atau tidak belakang kira. Kalau suka, bulan depan jadi bertunang.” Datin Sara seperti bersorak gembira.
            “Mama…” Datin Sara bangun dan menghampiri ke pintu. Sempat Datin Sara menoleh memandang pada Adam.
            “Sudah..sudah,,mama nak jumpa papa Adam. Nak bincang tentang tadi.” lebar senyum Datin Sara.
            “Hah! Bagus-bagus lagi cepat bincang lagi cepatlah Adam dapat adik.” Datin Sara senyum lebar.
            “Malam ni balik awal ok.”
            “Baik Datin.” Adam menabik hormat mamanya.
            “Oh ya, Awin tahniah ya diatas perkahwinan bersama Johari. Tak sangka ya, jodoh si Joe tu rupanya memang ada depan mata. Tu bos awin tu jodoh dia sesat” Datin Sara sempat bersalaman dan berpelukan dengan Marzuin.
            “Terima kasih, datin. Memang pun datin jodoh bos tak jumpa jalan ke hati dia. Semuanya dia tak berkenan.” Balas Marzuin. Adam sempat menjeleng mereka.
            “Kahwin lagi? Tak habis-habislah mama ni.” rungut Adam.
            “Amboi awak ni Awin bukan main kenakan saya.” Marzuin hanya tersenyum.
            “Awin nanti datang rumah ya. Datang bersama Joe ya.” Marzuin mengangguk. Mereka hanya melihat langkah Sara sehingga tiada bayangnya. Adam membuka mata lalu memandang Marzuin. Marzuin tersengeh.
            “Bos. Kenapa datin? Pasal temujanji lagi ke?” Adam hanya mengangguk.
            “Kahwin sahajalah,bos.” seloroh Marzuin. Adam menaup tapak tangannya ke muka berserta keluhan berat.
            “Menipulah kalau saya selesa macam ni. Perasaan saya meronta-ronta nak merasa dicintai dan mencintai.” Adam selaku majikan tidak malu untuk berkongsi kehidupan peribadinya kepada Marzuin. Adam menekan dadanya, dada kembali sesak.
            “Bos, tak apa-apa?” risau Mazuin. Adam hanya mengangguk.
            “Siapalah yang mahu menjaga orang sakit ni.” Marzuin diam.
            “Sakit?” Adam diam.

                                    *                                  *                                  *

Selepas seharian berada di pejabatnya, kedengaran pintu biliknya diketuk. Adam mengeliat meluruskan tangan ke atas. Dia menumbuk-numbuk perlahan dibahu kiri dan kanan. Matanya tertumpa ke arah pintu.
            “Assalamualaikum, sahabat!” terpancul muka Johari bersama senyum yang lebar.
            “Waalaikumsalam, baru jumpa jalan kesini ke? Sejak kau bernikah langsung kau tak ingat pada aku kan?” Adam dengan langkah yang laju lalu memeluk Johari.
            “Kau macam mana? Sihat? Lama tak dapat update tentang kesihatan kau.”
            “Aduhai kau ni, tak ada benda lain nak tanya ke? Uish..rindu banar aku sama kau bah.” Adam mengusik Johari.
            “Patutlah Awin cerita tentang kau pada aku. Angau sangat sudah ni.” Adam ketawa.
            “Aku nak ajak kau pergi bercutilah, kau nak ikut?” Adam diam. Mata mereka tertumpu pada Marzuin yang membawa 2 cawan kopi.
            “Hai, 2 cawan saja? Mari join sekali Awin. Sudah habis waktu kerja.” Johari menarik tangan isterinya untuk duduk bersebelahannya.
            “Tak mengapa. Dia kongsi dengan aku je.” Jawab Johari.
            “Amboi..amboi..manja bukan main korang ya. Sengajalah tu.” Adam berbaur mengajuk.
            “Ok berbalik pada percutian tu, kau nak kemana?” sambung Adam.
            “Pulau Mabu.” Marzuin mencelah.
            “Pulau Mabu? Sabah? Kau nak balik kampung ke Joe. Kalau kau nak balik kampung aku tak mahu menyibuk, ke kau nak honeymoon?” bertalu-talu soalan Adam.
            “Alahai bos ni, apa kata bos tenangkan fikiran bos dengan bercuti? Ini cadangan saya je.” Marzuin beri pendapat.
            “Bagus juga. Baiklah. Ikut sajalah.” Johari agak gembira mendengar persetujuan Adam.
            “Lama tak keluar sama-sama kan Adam.”
Jam ditangan menunjukkan sudah tepat jam 9.00 malam, Adam menepuk dahi tiba-tiba mata sepasang suami isteri itu tertumpu tepat pada Adam.
            “Ya Allah, Awin.. Joe.. matilah! Datin Sara tunggu kita.” Adam cepat-cepat mengambil sutnya yang tergantung di belakang kerusi. Dia mencapai telefon bimbit, terdapat 5 panggilan tidak berjawab.
            “Jom kita gerak sekali.” Marzuin dan Johari mengekori Adam.
Hampir setengah jam mereka tiba di rumah milik papanya di Kota Damansara. Perlahan-lahan Adam melangkah menuju ke dapur diikuti dengan Johari dan Marzuin.
            “Assalamualaikum, Datin Sara.” Salamnya belum disambut.
            “Waalaikumsalam. Adam Safwan, 1 jam mama tunggu. Lapar perut mama.” Sara muncul dari dapur dengan wajah yang monyok.
            “Mama maaf Adam ya. Mama buat apa didapur?” Adam mencium tangannya.
            “Nak simpan makananlah.” Sara memuncungkan mulut.
            “Nak makan ni. Ma, maaf ya. Bila kami berbual lupa masa cepat berlalu.” Pujuk Adam lagi.
            “Makcik, maafkan saya juga ya. Makcik apa khabar?” Johari menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Sara. Johari anak saudaranya, dia sendiri terkejut melihat Johari dimasa hari persandingan Marzuin. Disana jugalah dia dapat berjumpa sanak saundara yang lama terpisah. Keputusan Sara menukar agamanya masih belum diterima oleh saudaranya.
            “Alhamdulilah, mak ayah Joe sihat?” Johari dan Marzuin melabuhkan punggungnya di sofa.
            “Alhamdulilah makcik sihat. Amboi makcik semakin cantik orang tengok.” Sara tersipu malu.
            “Apa cantiknya usia sudah 50 tahun. Mana taknya makcik maintain tak beranak pun urat masih tegang.” Ketawa kecil Datin Sara. Johari berkerut.
            “Habis tu.” Johari menunjuk sebingkai gambar yang memotret sebuah keluarga, matanya terpalit pada seorang gadis perempuan yang manis.
            “Itu adik Adam. Makcik tak sanggup nak ada anak lain, makcik takut kalau-kalau makcik melupakan amanah Allah bila makcik ada anak sendiri.” Jelas Sara memandang wajah Adam. Adam memegang erat tangan mamanya.
            “Hei, tadi cakap lapar. Jom kita makan. Awin, Joe jemputlah, sedap tau mama aku masak.” Usik Adam.
            “Tidaklah, Biasa-biasa je. Joe mesti dah lupa masakan makcik.” Johari senyum.
            “Iyalah makcik. Lama makcik tak balik kampung.” Datin Sara memegang lengan Johari.
            “Aduhai, sudah besar anak buah makcik. Lepas ni makcik dapatlah cucu.” Matanya di kerling pada Marzuin.
            “Aamiin. Doakan kami makcik.” Bahu Sara dirangkul mesra oleh Marzuin. Tangan Marzuin digenggamnya.
            “Bila pandang Awin ni. Teringat pada Diana.” Suara Datin Sara sayu.

                                    *                                  *                                  *

Sara mundar mandir menunggu Adam pulang dari pejabat, Datuk Rahim menggeleng melihat isterinya.
            “Duduklah sayang, pening kepala abang.” pujuk Datuk Rahim.
            “Abang, kali ni sayang nak Adam bertunang dengan anak kawan abang tu. Tak perlu nak jumpa-jumpa susah nak suruh Adam jumpa anak orang tu.” rungut Datin Sara.
            “Adam nak ke?”
            “Kita cubalah dulu.” Sara juga tidak pasti dengan keputusannya.
            “Baiklah. Ikut awaklah. Adam tu dengar cakap awak.” sindir Datuk Rahim.
            “Abang cemburu ye.”Datuk Rahim pura-pura merajuk.
            “Sayang ni asyik-asyik dengan Adam. Kesian dekat abang ni, sesekali abang nak juga manja-manja.” Sara duduk bersebelahan Datuk Rahim.
            “Abang nak apa?”
            “Cari seorang untuk madu pula. Asyik-asyik menantu je.” usik Datuk Rahim.
            “Abang jangan nak mengada.” Sara mencubit pinggang Rahim. “Adoi!” Rahim ketawa. Datin Sara menarik muncung yang panjang.
            “Tidaklah. Abang berguraulah sayang.” pujuk Datin Sara.
            “Abang jangan macam-macam!” Datuk Rahim di geletek oleh Datin Sara.Datuk Rahim mengikik kegelian. Kelihatan lampu kereta Adam terpantul di ruang tamu, Sara memanjangkan lehernya untuk melihat lalu dia meninggalkan Datuk Rahim.
            “Amboi, kalau anak dia, abang di tinggalkan.”Datuk Rahim pula merajuk.
            “Abang ni, benda penting ni. Nak merajuk, merajuklah nanti sayang pujuk balik.” Datin Sara menuju ke pintu, lalu menjengkah keluar melihat Adam. Adam dari dalam kereta sudah menduga mamanya mempunyai perkara yang mustahak.
            “Assalamualaikum, mama. Tunggu Adam ke?” Datin Sara mengambil briefcase Adam.
            “Waalaikumsalam, iya. Sampai merajuk papa Adam tu.” Adam ketawa. Romantisnya dalam hati Adam.
            “Mari sini duduk sana.”Datin  Sara menarik tangan Adam ke sofa. Datuk Rahim sedang menonton televisyen.
            “Mama sudah ada calon untuk Adam. Adam free bila?” tanya Datin Sara.
            “Adam tiada masa, ma. Jika dari pandangan mata mama dia baik dan sesuai untuk Adam. Adam terima sahaja.” Adam menyerahkan segalanya pada Datin Sara.
            “Betul ni?” Adam mengangguk.
            “Adam, jangan mendesak diri untuk terima terus. Sepatutnya Adam jumpa dulu.” pesan Datuk Rahim. Dia agak kurang senang dengan jawapan yang diberi oleh Adam.
            “Tak mengapa,papa. Adam yakin dengan pilihan mama.” Datin Sara menjeleng Datuk Rahim. Sengaja membuat Adam menukar keputusan. Datuk Rahim menggeleng.
            “Abang, nanti kita pergi rumah bakal besan kita ya. Bulan depan terus bertunang.” Adam mengangguk.
            “Ma, pa. Adam minggu depan bercuti ke Sabah. Apa sahaja keputusan yang dibuat Adam terima ya.” Terpancar sinar kegembiraan diwajah Datin Sara. Harapannya untuk mempunyai menantu akhirnya termakbul. Terbuka juga hati Adam dengan keputusannya tanpa bantahan.

                                    *                                  *                                  *

Aliya masih di perpustakaan, mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir semester pada minggu hadapan. Peperiksaan yang akan menentukan masa depannya. Kehidupannya kini jauh berbeza, apatah lagi di bumi orang yang terlalu asing bagi dirinya. Keputusan untuk menyambung pelajaran ke Australia mendapat tentangan yang hebat dari bapanya namun dia tetap berkeras. Masih terngiang-ngiang kata-kata bapanya disaat dia meluahkan hasrat untuk berhijrah ke Australia.
     “ Ayah tak benarkan Liya pergi ke sana. Kenapa mesti Australia? Di Malaysia ni kan banyak universiti yang tak kurang hebatnya. Keputusan papa tetap sama, ayah tak benarkan.” Wajah Datuk Jeefri merah, menahan marah yang teramat sangat.
     “ Ayah, Liya minta maaf. Aliya tak bermaksud nak melawan cakap ayah, dan selama ni Liya akur dengan setiap keputusan ayah. Tapi kali ni, benarkan Liya buat keputusan untuk hidup Liya.” Aliya bersuara dengan nada yang agak tegas. Dia sudah tidak mampu menahan perasaannya yang kian memberontak dari hari ke hari. Datin Laila berasa hiba yang teramat sangat. Selama ini Aliya tidak pernah menolak apa sahaja yang dipinta oleh bapanya. Dia tahu anak gadisnya itu sudah matang. Datin Laila sudah tidak mampu berdiam diri lagi. Dia mengumpul kekuatan sedalam-dalamnya.
     “ Abang, dah la tu. Biar la budak tu dengan keputusannya. Dulu abang putuskan hubungan dia dengan budak Razak tu, ada ke dia merungut, melawan cakap abang? Saya bukan nak memenangkan dia tapi cuba lah abang fikirkan kebahagiaan dia. Bukankah kebahagiaan dia tu kebahagiaan kita juga, bang?” Datin Laila melepaskan jua apa yang tersirat di buku hatinya. Dia tidak sanggup lagi melihat kesengsaraan yang dialami oleh anak gadis kesayangannya itu. Hidup Aliya sentiasa bertemankan airmata semenjak terpaksa berpisah dengan Razak. Datuk Jeefri terduduk di sofa. Dia menarik nafas yang panjang lalu bingkas bangun dan berlalu dari ruang tamu banglo tiga tingkat yang tersergam indah di kaki bukit itu.
     “ Hey Liya, what’s up? “ Sapaan Paige, teman sekuliahnya mematikan lamunan panjang Aliya. Gadis genit yang berasal dari Toronto itu melemparkan senyuman yang manis kepadanya. ‘Patut la si Edward tu tergila-gilakan mat saleh, oppss minah saleh ni..manis betul senyumannya..’ Aliya tersengih, nakal.
     “ Hey, i’m asking you. Why are you smiling like that? “ Ujar Paige lagi melihatkan Aliya yang sekadar tersenyum tanpa bicara.
Nothing, dear. Where’s Edward?” Aliya memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan, mencari-cari kelibat Edward, teman lelaki Paige yang juga merupakan kerabat diraja Denmark.
     “ Oh..He’s not with me, Liya. He got some assignment to be done by today. Have you had your lunch?” Paige melemparkan senyuman yang manis kepadanya. Aliya masih lagi termangu memikirkan tentang gadis itu. Betapa bertuahnya Paige, mempunyai teman lelaki yang bakal dinobatkan sebagai raja selepas menamatkan pengajian nanti dan yang paling penting, lelaki itu terlalu menyintai dirinya serta sanggup melakukan apa sahaja demi gadis itu. Terdetik di hati Aliya, alangkah bahagianya jika Razak masih lagi bersamanya ketika ini. Tiba-tiba Aliya berasa hiba. Sudah lama dia tidak mendengar perkhabaran dari lelaki itu. Lamunan Aliya mati disitu apabila lengannya dicubit oleh seseorang.
     “ Ouch..aduh, sakitnya.” Dia menyeringai kesakitan. Camelia, gadis jurusan Kesusasteraan Inggeris yang berasal dari Singapura itu melabuhkan punggungnya dihadapan Aliya. Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapat. Gadis berkulit putih mulus itu tampak ayu dengan selendang bercorak abstrak yang terlilit dikepalanya.
     “ Liya, kau ni banyak berangan la. Cuba kau ceritakan kat aku apa yang kau angankan tadi? Berangan nak kahwin dengan anak raja ke? “ Camelia ketawa dan Paige sekadar tersenyum, tidak mengerti apa yang dituturkan oleh Suraya.
     “ Banyak la kau. Ingat aku ni macam kau ke? “ Aliya memulangkan paku buah keras. Sebenarnya didalam diam, Camelia menyukai Edward dan semestinya dia tidak menyenangi kehadiran Paige disitu. Paige yang menyedari akan hal itu pantas meminta diri untuk pergi dari situ. Aliya dan Camelia sekadar memerhatikan Paige berlalu pergi dan mereka lalu bangun dan terus menapak ke kafetaria yang terletak tidak jauh dari situ.
     “ Eh, Liya. That’s Paige and Edward, right?” Camelia bersuara tiba-tiba. Aliya memusingkan kepalanya kearah yang ditunjukkan oleh Camelia.
     “ Oh..Yeah, why?” Soal Aliya, hairan dengan riak wajah Camelia yang berubah dengan tidak semena-mena.
     “ Nothing la. Just..hemm..tak ada apa-apa lah..” Kata-kata Camelia mati disitu. Camelia pantas bangun dan berlalu pergi dari situ membuatkan Aliya terpaksa berlari mendapatkannya.
     “Mel..Camelia..Kau ni kenapa? Tadi cakap nak makan. Penat aku berlari dapatkan kau. Dah la aku lapar ni. “ Aliya bersuara, tercungap-cungap.
     “Hilang selera aku tengok diorang tu. “ Aliya mengerti siapa yang Camelia maksudkan. Sudah pastinya Paige dan juga kekasihnya, Edward.
     “Hey Mel, listen. Kau tak sepatutnya ada perasaan macamtu tau. Kesian si Paige tu. Dia kan kawan kita. Takkan kau nak aku gelar kau kawan makan kawan? Biar la diorang dengan hidup diorang. Kau tu, jual mahal sangat. Si Mukhlis tu tergila-gilakan kau, kau tak nak pulak.” Aliya tersenyum penuh makna.
     “Mukhlis tu bukan anak raja. “ Terhambur tawa Aliya dengan jawapan yang Camelia berikan. Suraya menjeling tajam kepada Aliya dan satu cubitan hinggap di pipi mulusnya.
     “Kau ni kan Mel..harap muka je lawa tapi macam budak-budak.” Camelia mencebikkan bibirnya.
     “Mel, bersyukurlah dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada kita. Harta dan pangkat tu belum tentu dapat menjamin kebahagiaan kita tau. Walaupun Mukhlis tu bukan anak raja, tapi dia ikhlas nakkan awak. Ingat Mel, apa yang penting dalam sesuatu perhubungan tu ialah perasaan dan kejujuran, bukannya harta dan pangkat.” Ada airmata yang bergenang di tubir mata Aliya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Walaupun sudah empat tahun berlalu, dia masih tidak dapat melupakan Razak. Camelia perasan wajah Aliya berubah tiba-tiba.
     “Hei.. Why? Jangan ingat pada orang yang tiada. Tiada jodoh dan jangan salahkan ayah kau sebab dia putuskan pertunangan kau dengan almarhum Razak. Dan bukan sebab kau almarhum ni meninggal dunia.” Camelia memeluk temannya. Aliya mengesat airmatanya.
     “Aku rindu sangat dengan dia. Sebab itulah aku tak mahu tamatkan pengajian aku di Malaysia. Kalau habis pun terus menetap disini, lantaklah apa nak ayah aku cakap.” jawab Aliya dengan nada yang sayu.
     “So cuti 3 bulan nanti kau mahu kemana? Ikut akulah.” Aliya diam seketika. Setiap tahun dia pasti pulang ke rumah Camelia di Singapura. Kali ini dia rindu dengan bau tanah airnya Malaysia.
     “Sorry Mel. Aku nak ke Sabah.”  Buntang mata Camelia.
     “See! Kau nak pergi tempat tu? Kau kuat ke? Aku ikutlah.” Aliya memandang wajah Camelia lama.  Camelia mengelipkan matanya seolah kanak-kanak sedang merayu.
“Boleh. Tapi dengan syarat minta izin dengan mak ayah kau. Nanti dia ingat anak dara sunti dia ni kena culik. 1 hal pula masuk muka depan surat khabar.” usik Aliya. Camelia seorang yang gemar bercuti, almaklumlah anak tunggal segala kemewahan miliknya juga.
     “ Erm..Liya, temankan aku pergi beli buku ya.” Pinta Camelia dengan wajah yang penuh mengharap. Aliya sekadar mengangguk.
     “Oh ya. By the way kita nak kemana Liya?” Aliya melemparkan senyuman.
    “Tempat aku mula-mula kenal dengan Razak.” Aliya terlayang, fikirannya mengenangkan kembali saat mulanya perkenalannya bersama Razak. Belum sempat muncul baying Razak, Camelia menyiku lengan Aliya.
    “Hoi, berangan. Sudah-sudahlah, bukannya dia ada sana lagi.” usik Camelia.
    “Aku tahu, keluarga dia menyalahkan aku sehingga sekarang. Katanya aku ni tidak bertuah, Razak meninggal sebab aku.” Aliya hiba kembali. Camelia memeluk Aliya. “Bila kau nak lupakan dia?”
                                    *                                  *                                  *

Dari Kuala Lumpur mereka sampai ke Tawau. Kemudian dari Tawau mereka tiba ke Semporna dan ke Pulau Mabul dengan menaiki speedboat. Pertama kali bagi Adam menjejakkan kaki ke Pulau Mabul. Dari jauh kelihatan Nirzai Alai selaku pemandu melancong pakej percutiaannya, memegang sepanduk. ‘Group B - Nirzai Alai’. Mereka melajukan langkah ke Nirzai Alai dengan laju. Kemesraan Marzuin dan Johari tidak langsung menganggunya, malah dia merasakan seperti menganggu mereka bercuti.
            “Joe, aku tak menganggu kau ke?” Johari memaling memandang Adam.
            “Kau tak selesa ke?” Adam menggeleng.
            “Nanti kita ikut Alai je, kalau kau nak ikut pakej snorkeling atau apa pun kau boleh beritahu Alai. Aku dan Awin ambil pakej honeymoon.” Johari tersengeh, Awin pula tersipu malu.
            “Abang Alai uruskan pakej snorkeling tak? Selain tu apa ye.” tanya Adam.
            “Ada encik. Snorkeling, skindiving dan fish feeding macam-macam encik. Nak Snorkeling sepanjang hari pun saya boleh bawa. Asalkan abang happy dengan percutian ni.” jelas Nirzai Alai. Adam senyum.
            “Encik mahu ambil pakej itu ke? Tapi encik kena campur dengan group pertama saya, sebab mereka ambil pakej tu.”
            “Rasanya bolehlah. Tu ambil pakej honeymoon nanti saya melopong sorang-sorang.” Adam menunjukkan pasangan merpati yang sedang berjalan bergandingan mesra. Nirzai Alai hanya tersenyum, dia faham dengan maksud Adam.
            “Jangan risau encik. Group ini bujang saja, katanya mahu setiap hari snorkeling.” bular mata Adam mendengarnya.
            “Sebenarnya ini pertama kali saya snorkeling.” Adam Malu. “Jangan risau saya boleh ajar. Tiada masalah.”

                                   
Pandangannya mulai kabur. Ada airmata yang bergenang di tubir matanya yang kuyu. Pantas airmata itu diseka tanpa sempat ia menuruni cerun pipi yang agak cengkung itu. Aliya tewas dengan mainan perasaannya sendiri. Dia tahu, dia tidak mampu hidup bersendirian. Biar apapun yang berlaku, dia terpaksa merelakan perpisahan ini demi kebaikan dirinya sendiri dan juga insan yang amat dikasihinya. Razak hanya diam, tertunduk dan sesekali melepaskan keluhan yang amat berat dirasakannya. Dia tahu, Aliya terpaksa namun dia tidak mampu memenuhi permintaan gadisnya itu. Perpisahan, itu yang dipinta oleh Aliya. Razak sama sekali tidak pernah memikirkan soal perpisahan malah sering menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Aliya setelah semua masalah selesai.
Tetapi kini, Aliya sedang cuba untuk merobohkan tembok kasih sayang mereka.
             ‘Tidak..’Jerit hati Razak. Perlahan-lahan Razak menggenggam erat jemari Aliya. Dia tahu gadisnya itu sedang berperang dengan perasaan sendiri. Biarpun Aliya tidak membalas tautan jari-jemarinya, Razak tahu apa yang tersirat di hati kecil gadisnya itu. Gadis itu terlalu menyintai dan menyayangi dirinya. Razak memerhatikan wajah suram milik Aliya yang sedari tadi kaku tanpa bicara. Bibir kecil milik Aliya terketar-ketar, mungkin menahan gelora perasaan hiba yang tidak terhingga. Dan Razak, masih setia menggenggam erat jemari runcing milik Aliya.
             “ Liya..Liya pasti dengan keputusan Liya ni?” Soal Razak setelah sekian lamanya mereka diam melayani perasaan masing-masing. Pertanyaan Razak membuatkan airmata Aliya kian laju menuruni cerun pipinya yang mulus. Razak diserang perasaan bersalah.
            “ Liya, maafkan abang. Abang tak berniat untuk membuat Liya bersedih. Liya, abang pernah berjanji, abang takkan tinggalkan Liya. Abang cintakan Liya setulus hati abang. Tolonglah, beri abang peluang. Abang janji, abang akan bahagiakan Liya, sayang.” Kata-kata Razak mati disitu, perasaan hiba menular di segenap ruang dadanya. Aliya mengesat sisa-sisa airmata di pipinya dan melepaskan satu keluhan yang kedengarannya amat berat dicuping telinga Razak. Aliya mengumpul sepenuh kekuatan untuk meluahkan apa yang tersirat di buku hatinya.
            “Abang, pertama sekali Liya minta maaf. Liya buat semua ni untuk kebaikan kita, bang.” Ujar Aliya, hiba.
            “ Kebaikan? Kebaikan apa yang Liya maksudkan ni? Abang tak nampak apa-apa kebaikan pun dengan keputusan yang Liya buat ni. Kenapa Liya tergamak menghukum abang sekejam ni? Apa salah abang, Liya? Apa salah abang?” Razak bersuara sedikit tegas. Dia sebenarnya tidak faham mengapa Aliya bersikap sedemikian. Aliya yang dikenalinya sejak dua tahun yang lalu adalah seorang gadis yang manja, ceria, yang terlalu mengambil berat tentang dirinya dan yang pasti, terlalu mengasihinya. Razak hampa, dia merasakan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Aliya. Mungkin Aliya sudah bertemu pengganti dirinya. Razak bingkas bangun, ingin berlalu dari situ. Pautan Aliya dilengannya menghalang langkah kaki Razak dari meninggalkan tempat yang telah merakamkan memori duka mereka berdua sebentar tadi.       
           “ Abang, percayalah. Liya buat semua ni untuk kebaikan kita. Liya tahu Liya mengecewakan abang tapi Liya janji, takkan ada lelaki lain dalam hidup Liya selain abang. Liya janji, bang. Lepaskan Liya, itu saja yang Liya pinta dari abang. Andai ada jodoh antara kita satu hari nanti, Liya akur, bang. Untuk seketika, biarlah Liya bersendirian. Liya doakan kebahagiaan abang walau dimana saja abang berada. Maafkan Liya. Liya pergi dulu, bang. Assalamualaikum..” Aliya pantas berlari meninggalkan Razak yang masih didalam keadaan tertanya-tanya tanpa memikir lebih lama Razak mengejari Aliya dan tanpa tidak disedari Razak dilanggari oleh sebuah kereta dan pemandu kereta tersebut bertembung melanggari lampu jalan konkrit dan masuk ke dalam tasik. Aliya merangkul kepala Razak yang melumuri darah, masih panas dan matanya tidak berkedip memandang Aliya. Dia seperti mahu berbicara namun kotak suaranya tidak mampu menyampaikan hasratnya.
            “Mengucap bang, tolong saya..tolong..ambulans..tolong..” putus-putus suara Aliya yang berselang seli dengan tangisan bagai orang gila. Tangannya digenggam oleh Razak, semakin lama genggaman itu menjadi sangat lemah lalu terkulai. “Abang..” bulat mata Aliya mengoncangkan tubuh Razak berkali-kali namun tiada tindak balas dari Razak. Aliya tidak memperdulikan orang lain selain dari dirinya dan Razak.
             “Sana.. call ambulans lagi. Ada seorang perempuan meninggal dunia.” kedengaran sayup-sayup suara mengatakan bahawa pemandu tersebut menerima nasib yang sama. Namun dalam hati Aliya tidak sedikit menyalahi pemandu tersebut, dia menyalahkan dirinya mengakibatkan kemalangan ini berlaku.
            “Ya Allah, ini semua salah aku!”
Airmatanya menitis lagi, dari jauh Camelia wajah teman baiknya yang kelihatan sungul. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Aliya, Aliya cepat-cepat menyeka airmatanya.
            “Hei, jangan pura-puralah. Aku nampak kau menangis, kau tak penat ke?” Camelia merangkul bahu kecil Aliya. Aliya menarik nafas sedalamnya.
            “Kau tahu tak, sinilah tempatnya aku berkenalan dengan Razak. Tu yang dekat batu tu, tempat kami dating.” Aliya tersenyum sambil menunjuk kearah batu yang dimaksudnya. Camelia hanya menurut dan kembali melihat Aliya. Kali ini airmatanya berjurai jatuh. Camelia hanya menggeleng.
            “Kita nak bercutikan? Aduhai, kalau kau macam ni aku balik sajalah esok.” Aliya akur dan menyeka airmatanya.
            “Maaf Mel. Awalnya aku kesini memang nak kenang kembali memori manis aku bersama Razak. Aku dapat rasakan yang aku sering dihantui dengan rasa kesal sebab aku sendiri yang memutuskan hubungan aku tanpa aku jelaskan perkara yang sebenar.” Camelia mengosok lengan Aliya.
            “Aku tahu dia akan faham sebab kau memutuskan hubungan. Lagipun dia juga tahu kau sangat menyayangi dia. Takkan dia masih tidak tahu tentang keikhlasan kau menerima dia dulu?” Aliya mengangguk.
            “Liya mulai hari ini kau kena lupakan semuanya. Kita enjoy  sekarang ok.” Aliya mengangguk lemah.
            “Ini.” Camelia mengeluarkan jari kelingkingnya. “Janji!” Aliya turut mengeluarkan jari kelingkingnya. Lalu Camelia memeluk Aliya seerat-eratnya dan mencium pipi Aliya.
            “Hei..” Aliya menolak. Camelia memeluk lagi.
            “Aku ada perkara mahu cakap dengan kau.” Camelia mengerutkan dahi.
            “Aku sudah ditunangkan.” sayu nada suara Aliya.
            “Macam mana tu? Cincin? Oh, sebab itu kau tak mahu balik sana?” Aliya mengangguk. Camelia memeluk Aliya.
            “Sabarlah. Sudah kehendak orang tua kita, kau cuba kenal dulu orangnya.” Aliya diam tidak menjawab. Camelia memandang Aliya, nampaknya dia tidak menunjukkan minat untuk meneruskan bicara mengenai pertunangannya.
            “Mana abang Alai ni, kita awal ke atau dia yang lambat?” Camelia bersunggut. Aliya hanya tersenyum melihat gelagat Camelia.
“Cantik betullah tempat ni, Bilabong Scuba. Liya kita tukar bilik la, aku nak hotel mengadap laut.” pujuk Camelia.
“Ok nanti minta tolong dengan abang Alai.” jawab Aliya. Ini adalah kali pertama baginya datang ke Sabah biasanya dia akan ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru, katanya shopping.
            “Hah..sampai pun… abang Alai sini!” laung Camelia sambil melambaikan tangan. Aliya memandang ke arah yang ditunjuk oleh Camelia. Pandangannya tertumpu kepada susuk tubuh lelaki bersebelahan Nirzai Alai.
            “Assalamualaikum, cik adik semua. Kalau abang tambah member  kita untuk sepanjang pakej ni boleh? Kebetulan abang ni ambil pakej yang sama.” pinta Nirzai Alai.       “Boleh.. boleh sangat.” Camelia yang menjawab. Camelia nampak Aliya ralit memandang lama di wajah lelaki itu.
            “Waalaikumsalam.. Mel, jawab salam dulu.” Aliya menjawab selepas disiku oleh Camelia.
            “Maaf ya, saya menganggu percutian awak-awak semua. Nama saya Adam Safwan, panggil saya Adam.” Adam memperkenalkan diri.
            “Tidak menganggu pun.” Jawab Camelia. Aliya hanya diam.
            “Ok, jom abang nak ajar untuk yakin ketika berada didalam air sehingga tidak perlu memakai lifejacket dan sambil tu kita akan skindiving.” jelas Nirzai Alai.
            “Wow… lepas tu boleh snorkelling?” tanya Camelia.
            “Boleh je. Hari ini kalau sempat kita buat ya.” Camelia bersorak sambil menepuk tangan. Adam dan Aliya tersenyum. Mata mereka sering menjeling antara satu sama lain. Adam tahu dia sedang diperhatikan oleh Aliya, tetapi Aliya sering melarikan matanya ketika Adam memandangnya.
            “Kenapa wajahnya seiras Razak?” bisik dalam hati Aliya. “Kenapa dia jeling-jeling aku? Ada sesuatu ke?” Adam pula menduga dia diperhatikan kerana penampilannya. Dia memeriksa baju dan seluar, mana tahu dia terlupa menutup seluarkah, rambutnya kusutkah atau mukanya comot? ‘Perlukah aku bertanya?’

                                    *                                  *                                  *

Aliya melabuhkan punggungnya di sebuah bangku berhampiran biliknya sendirian menikmati langit senja. Camelia melaburkan sedikit wang untuk mendapatkan chalet yang berada diatas laut. Deruan angin perlahan menampar muka, bunyi ombak memecah kesunyian. Matanya di pejam, dia merasakan sedang berada di sebuah pergigian pantai.
            “Assalamualaikum.” Aliya membuka matanya perlahan-lahan. Hatinya berdebar. ‘Razak’
            “Waalaikumsalam.” Aliya menelan air liur.
            “Boleh saya duduk?” Aliya mengangguk. Adam duduk dibangku bersebelahan Aliya.
            “Dari tadi saya memerhati awak. Awak ada masalah ke?” Aliya menggeleng.
            “Maaflah jika saya menganggu.” Adam bangun. Aliya memandang Adam.
            “Oh tidak. Maafkan saya jika keadaan saya membuatkan awak tidak selesa.” Aliya baru bersuara. Dia rasa bersalah kerana hampir 2 hari dia tidak melayan perbualan sepanjang percutian mereka. Adam kembali duduk.
            “Saya sampai sekarang merasakan yang awak yang tidak selesa dengan saya. Saya menganggu percutian awak dan Mel.” Aliya menggeleng.
            “Tidak..tidak..” Adam tertarik melihat senyuman Aliya yang manis.
            “Awak mengingatkan saya pada bekas tunang saya.” jawab Aliya berani. Kemudian dia menangis. Adam menjadi tidak tentu arah, dia hanya diam sehingga Aliya reda.
            “Awak, Allah memberi kita rasa cinta itu untuk kita merasai dihargai dan disayangi. Tetapi Allah tidak menjanjikan kita akan terus memilikinya, mana tahu rasa itu untuk awak rasai tetapi bukan untuk dimiliki. Adakalanya dia datang seperti tetamu, ada yang nak datang sekejap ada yang nak menetap terus. Jadi awak tidak boleh menunggu sehingga dia kembali pada awak. Cinta itu mudah yang menjadikan ia sulit adalah kita sendiri.” panjang huraian Adam.
            “Tetapi cinta saya sudah meninggal dunia.” Adam diam.
            “Awak tidak perlu menyiksa hidup awak dengan perkara yang sudah berlalu. Almarhun tunang awak pergi membawa bersama kenangan manisnya ketika bersama dengan awak.” sejuk hati Aliya mendengarnya.
            “Betapa beruntungnya almarhum tunang awak mempunyai seorang tunang yang masih menjaga cintanya. Tetapi kehidupan awak seharusnya lebih baik, kerana itu kehendaknya.” Aliya melemparkan pandangannya jauh ke arah langit yang sudah ditenggelam langit malam. Menemani mereka lampu neon yang berwarna warni. Aliya menjadi selesa berbual bersama Adam.
            “Manisnya senyuman awak.” puji Adam. Aliya menyelak rambutnya dibelakang telinga, dia malu sebenarnya.
            “Sudahlah, puji saya buat apa. Camelia tu suka sangat dengan awak, siang malam asyik cerita tentang awak. Biasanya dia akan bercerita mengenai orang yang dia suka saja.” Adam tersenyum.
            “Bila berbual dengan Mel saya teringat pada adik saya. Sebab itu saya melayan dengan baik, saya harap dia tidak salah faham.” Adam tersenyum.
            “Kenapa? Awak sudah berpunya?” Aliya berminat untuk bertanya mengenai Adam.
            “Iya, baru je bertunang.” Adam jawab dengan selamba. Aliya melihat sekeliling, takut kalau tunangan Adam datang menyerangnya.
            “Eh.. dia tiada disini. Saya ditunangkan atas pilihan orang tua.” Aliya mengangguk. Dia faham kerana itulah dia berada disini kerana tidak mahu menyarungkan cincin dijari. Aliya memandang wajah Adam, dari pandangannya Adam begitu tenang dengan menerima pilihan kedua orang tuanya.
            “Awak tak kisah ke? Pilihan ibubapa?” Adam memandang Aliya, lama.
            “Kalau saya jumpa awak dulu, rasanya saya kisah.” Adam ketawa begitu juga Aliya.
            “Iyalah, begitu juga saya. Kita ni sama je kan. Saya pun ditunangkan sebab pilihan keluarga.” mata Adam terbuntang.
            “Sama?” Aliya mengangguk.
            “Iya..kena tunang atas pilihan keluarga dan bercuti di sini.” Aliya ketawa kecil.
            “Entah-entah memang takdir bawa kita disini, kenal antara satu sama lain. Sudikah awak berkawan dengan saya?” pelawa Adam.
            “Iya saya sudi.” jawab Aliya ringkas.
            “Terima kasih.” Dalam tidak sedar, mereka telah berbual selama 3 jam.

                                    *                                  *                                  *

Sepanjang percutian mereka mempunyai kenangan yang sangat manis. Keserasian antara Aliya dan Adam meragukan Camelia, tetapi baginya dia sangat gembira melihat Aliya tersenyum.
            “Amboi, cemburunya tengok korang. Macam percutian bulan madu pula.” usik Camelia.
            “Mengada la kau.” jawab Aliya segera.
            “Macam mana best tak tadi?” Adam memula bicara mengenai snorkelling  tadi.
            ‘Terima kasih abang Alai. Kalau ikut pakej abang 3 kali snorkelling je. Mujurlah Liya cadangkan ke Semporna lagi lepas tu hiking. Seronok betul, kalau ikutkan sudah 5 kali kita snorkelling.” Camelia menjelaskan keterujaan dia dengan pengalaman baru di Sabah. Pada mulanya berada di Pulau Mabul mereka memulakan aktiviti snorkelling sebanyak 3 kali dan di Pulau Mantabuan sebanyak 1 kali dan Pulau Sibuan sebanyak 3 kali.
            “SubhanAllah, masih terjaga keaslian permandangan disini.” jawab Aliya. Adam menjadi puas melihat mereka seronok dengan percutian ini.
            “Nak lagi tak? Semuanya saya belanja tak mengapa.” Camelia bersorak gembira. Aliya menjengilkan matanya pada Camelia.
            “Sudah! Jangan nak mengada. Adam cukup, nanti Mel tak mahu balik nanti.” Aliya menolak.
            “Ala..abang Alai, pujuk Liya.” Nirzai Alai hanya tersenyum. Camelia menghentak kaki.
            “Adam.. nak lagi.” Adam pula dipujuknya. Mata Adam mengerling pada Aliya, Aliya menggeleng.
            “Mel, mem tak bagilah.” Camelia memandang Aliya.
            “Tak nak kawan!.” Camelia berlalu meninggalkan mereka, Nirzai Alai mengekori Camelia.
            “Tu dah merajuk.”
            “Biarkan sahaja. Nanti dia oklah tu.” balas Aliya.
            “Nanti kita jumpa di tempat biasa boleh.” Aliya mengangguk.

Dari jauh Aliya melihat sebatang tubuh yang dikenalinya di pangkin biasa mereka berjanji temu. Adam Safwan, seorang lelaki yang wajahnya agak seiras Razak. Memang benar dia mahu melepaskan Razak tetapi wajah kesayangannya itu tidak pernah dilupakan. Hadirlah seorang lelaki yang memberi kegembiraan yang sudah lama diharapkan. Adam melambaikan tangan, Aliya membalasnya.
            “Maaf saya lambat.” Adam tersenyum.
            “Tak mengapa. Sila duduk, lagi pun saya baru je sampai.” jawab Adam. Aliya melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan bangku Adam. Aliya memandang tepat di wajah Adam, mengenali Adam seperti membuka lembaran baru untuk melupakan almarhum Razak. Perasaannya seringkali berbunga ketika bersama Adam, Adam seorang lelaki yang sangat budiman. Malangnya, Adam tunangan orang begitu juga dirinya. Mahu sahaja dia menghubungi orang tuanya untuk membatal pertunangannya kerana hatinya mula menyayangi Adam.
            “Kenapa? muka saya comot ke?” Adam meraba-raba mukanya.
            “Sayangnya kalau saya dapat tengok lebih lama wajah ni, senangnya hati saya.” balas Aliya spontan. Adam diam.
            “Awak ni puji saya ke atau mengusik saya saja?” Adam menduga Aliya.
            “Saya cakap yang betullah ni.” balas Aliya. Adam diam, matanya memandang langit yang terselindung dibalik terang bulan.
            “Cantiknya, hari ini pertemuan terakhir kita. Kalau awak tengok bulan, maksudnya saya juga memerhatikan bulan dari sini.” Aliya memandang ke arah yang sama.
            “Awak.. perlukah rasa ini menjadi milik kita selamanya?” tanya Aliya.
            “Liya, sesuatu yang diberi itu tidak semestinya menjadi milik kita. Mungkin tuhan memberikan kita ruang mengenali antara satu sama lain, awak tunangan orang dan begitu juga saya.” selepas mendengar penjelasan Adam, Aliya tiba-tiba menitiskan airmata. Adam jadi tak tentu arah.
            “Saya sudah mula suka pada awak.” Aliya dengan selamba meluahkan isi hatinya dengan nada suara sedikit esak. Adam membuntangkan matanya, dia juga tidak menduga Aliya juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
            “Liya..sayang dan suka itu perkara yang berbeza.” Adam merapati Aliya, Aliya mendongak memandang Adam.
            “Iya.. saya sudah mula menyayangi awak. Tapi saya takut.. takut cinta saya tidak berbalas. Cukuplah sekali saya kecewa dan saya tidak mahu dikecewakan lagi. Pertunangan saya ini bukan di atas kerelaan saya sendiri.” balas Aliya. Adam menjadi kasihan melihat Aliya begitu teresak-esak menangis, mahu sahaja dia menghapuskan airmata Aliya yang mengalir deras dipipinya namun batas tuntutan agama tidak mengizinkan.
            “Sudahlah, Liya. Saya akui yang saya juga mula menaruh hati pada awak. Tapi saya tak mampu menolak pertunangan saya ini. Oleh sebab itu saya mahu jumpa awak buat kali terakhir dan mungkin kita tidak lagi bertemu.” Adam menahan sebak. Aliya menunduk nampaknya dia mula reda dari menangis.
            “Baiklah. Anggap sajalah ini hanya luahan hati saya yang lama terbuku. Dan saya sangat menghargai detik-detik indah kita bersama sepanjang percutian ini. Dan ini untuk awak buat kenangan perkenalan kita.” Aliya menghulurkan sekeping gambar candid mereka yang diambil oleh Camelia melalui polaroid camera. Adam melihat gambar itu lalu menitiskan airmata, sayu hatinya melihat kemesraan mereka bersama.
            “Liya, ini juga untuk awak.” Adam membuka lembaran selendang lalu memakaikan di kepala Aliya. Aliya sempat merenung lama diwajah Adam.
            “Semoga selendang ini dapat menutup kecantikan awak dari dilihat oleh orang lain.” Aliya mencium selendang itu, harum.
            “Terima kasih Adam.” Aliya berlalu meninggalkan Adam sendiri. Adam duduk menekup mukanya, dia menangis semahunya.
            “Maafkan saya, Liya. Saya tidak mampu..” matanya tertumpu pada gambar tadi. Dia menyelitkan gambar itu di dalam dompetnya.

                                    *                                  *                                  *

Adam membelek kad jemputan perkahwinannya dia mampu menghembuskan nafas yang kuat. Ketukan yang bertalu dibiarkan, tanpa di arah pintu itu dibuka. Kelihatan wajah teman baiknya, Johari terpancul dengan senyuman yang lebar. Namun senyumanya dimatikan selepas melihat wajah Adam yang muram.
            “Siti Nuraliya Bt Mohd Jeefri, nama sudah sama. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa tunang aku. Katanya belajar di Australia.” Johari menggeleng.
            “Bukan jodoh kau dengan dia. Sabarlah.” pujuk Johari. Sekali lagi dia menarik nafas, mengangguk tanda setuju.
            “Iyalah, sudah hampir setahun aku tak tahu apa khabarnya Liya. Rindu pula rasa, macam ini rasanya cinta. Pedih tapi aku cuba lawan dan menerima tunang aku sebagai ganti Liya. Tapi macam mana dengan Liya?” Johari dan Adam diam seketika.
            “Aku harap Liya pun macam aku. Sebab dia pun ada tunang, aku anggap ini sebagai kesalahan aku sendiri sebab menaruh hati pada dia.” Johari bangun lalu memeluk Adam.
            “Aku tak tahu bagaimana caranya aku nak bantu kau Adam.”
            “Semakin aku mahu lupakan dia, semakin kuat rasa rindu aku.” pelukan Adam semakin kuat.


            “Wei, Liya!” Camelia melambai bersama sepucuk kad ditangannya. Aliya membalas lambaian Camelia.
            “Kad jemputan perkahwinan kau dah sampai.” Aliya sekadar menjeling. Dia tidak menunjukkan minat untuk melihat kad tadi.
            “Kau tak mahu tengok ke?” Aliya menggeleng. Camelia dengan rakus membuka sampul surat lalu menyebut nama pengantin lelakinya. “Adam Safwan Bin Rahim”. Selepas mendengar nama itu, Aliya cuba menelan air liur tetapi terasa perit.
            “Wow! Adam? sama pula namanya.” Camelia melirik pada Aliya. Aliya merampas kad jemputan itu lalu mengoyak sehingga menjadi serpihan yang kecil.
            “Aku tak mahu kahwin dengan mamat tu lah!” Aliya menjerit lalu berlari.
            “Liya!!” salah dirinya juga kerana menuang minyak diatas bara. Aliya akui perasaannya terhadap Adam semakin menebal. Kelihatan Camelia tercunggap mengejar Aliya. Aliya meyeka airmatanya.
            “Aduh.. dear! Tak boleh lupakan Adam? Pasal tadi aku minta maaf, memang pasangan kau nanti Adam Safwan. Kebetulan. Kau anggaplah yang jodoh kau kali ini seperti Adam yang kita jumpa tu.” pujuk Camelia.
            “Tak sama lah. Aku tak mahu kahwin! Aku kena balik Kuala Lumpur juga, aku nak jelaskan pada ayah dan ibu aku tentang Adam.” Aliya seperti orang tiada pertimbangan, tangannya ligat memasukkan pakaian didalam bagasi.
            “Sekarang?”
            “Aku tak kisah jam berapa pun flight  yang pastinya aku nak juga balik KL sekarang juga!” Aliya berdegil. Dengan sepantasnya, dia menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Camelia tidak mampu untuk menghalang Aliya semakin mengikutkan perasaannya. Lalu Camelia menghubungi Datin Laila.
            Hello mother, Liya..Liya.. she got mad!”
            “Where are she?”  Datin Laila agak kerisauan. Camelia tercunggap-cunggap menjawab setiap soalan Datin Laila.
            “She want to ran out from the wedding.. and.. she looking for..” telefon Camelia terputus kehabisan bateri. Datin Laila kebinggungan lalu menghubungi suaminya.
            “Abang.. anak kita bang..”


Ini kali kedua dia menjejakkan kaki di Bilaborg Scuba, Semporna. Aliya melihat sekelilingnya, matanya tertumpu pada sebatang tubuh yang dikenali.
            “Cik Aliya, seorang ke?” Nirzai Alai menghampiri Aliya.
            “Oh abang Alai, abang boleh saya tanya tak?”
            “Iya boleh.” Aliya teragak-agak untuk bertanya. Nirzai Alai seperti tahu pertanyaan yang bakal ditanya.
            “Ada tak.. ermm.. Adam..” Aliya agak malu untuk bertanya. Nirzai Alai tersenyum.
            “Kenapa ya.. soalan korang berdua sama je kalau jumpa abang.” Nirzai Alai menjawab.
            “Korang? maksud abang?” Aliya keliru.
            “Ada. Adam disana.” hati Aliya melonjak tanpa sedar dia meninggalkan bagasinya, lalu berlari mendekati Adam. Aliya mencari-cari Adam di ruang legar chalet, ia kelihatan sibuk dan padat dengan orang ramai yang berpusu-pusu menyusup masuk ke chalet masing-masing. Aliya terus menapak ke ruang pangkin bangku, Aliya terpandang seraut wajah tenang, wajah yang amat dirinduinya. Dua pasang mata bertemu.
           “ Ya Tuhan..” Lafaz Adam. Bibir Aliya terketar-ketar, tidak tahu apa yang harus diluahkan. Ingin tubuh itu dipeluknya erat namun dia terasa dirinya kaku. Adam lantas mendekati Aliya.
           “ Aliya sihat?” Tanya Adam. Airmata Aliya sudah tidak dapat dibendung lagi. Wajah dan suara itu terlalu dirinduinya. Dia menangis lagi. Genggaman erat Adam dibahunya membuatkan jiwa wanitanya semakin hiba.
           “ Maafkan Liya. Liya tak mampu untuk melupakan Adam.” Hanya itu yang mampu Aliya luahkan. Dia membiarkan Aliya menangis dan hanya mampu mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana telah menemukan mereka di tempat yang asing ini. Adam hanya memerhatikan Aliya yang masih lagi menangis, mungkin melepaskan perasaan yang tersimpan.
           “ Liya sihat?” Soal Adam setelah gadis itu sedikit tenang. Aliya sekadar mengangguk.
           “ Dah lama disini?” Soal Adam lagi. Aliya sekali lagi mengangguk dan masih mendiamkan diri.
           “Cantiknya Liya bertudung. Ini selendang yang abang bagikan?” Aliya mengangguk.
           “ Liya dah tak sudi bercakap dengan saya lagi? Saya rindukan suara Liya.” Soalan terakhir itu membuatkan Aliya sedikit tersentak. Adam menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada Aliya. Aliya mengambilnya lalu dengan rasa gementar didada. Lalu suasana tadi bertukar sayu.

                                    *                                  *                                  *

Tetamu membanjiri ruang tamu, Aliya sedang duduk di atas pelaminan dengan rona warna merah hati. Aliya dihiasi dengan wajah yang berseri bersama ukiran inai dijari. Dia hanya menunduk malu.
            “Sebelah pengantin lelaki sudah sampai.” bisik Datin Laila. Debaran didadanya semakin berganda.
            “Angkatlah kepala tu. Tengok pengantin lelakinya.” pinta Mak andam. Aliya menggeleng menolak permintaan Mak andam.
            “Kita mulakan ya.” suara Tok Kadi agak kuat didengari. Pembesar suara di letakkan dihadapan mereka agar jelas didengari.
            “Aku terima nikahnya Siti Nuraliya Binti Mohd Jeefri dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.” Tok Kadi meminta kepastian kepada dua orang saksi dan kedua-duanya menganggukkan kepala berkata sah.
            “Sah! Alhamdullilah.” Dengan sekali lafaz Aliya sudah bergelar isteri. Aliya menitiskan airmatanya. Kedengaran suara Adam sedang bertaklik sebagai suami isteri dan kemudian dibacakan doa selamat oleh ustaz Hamidun. Beberapa minit selepas Adam menunaikan solat hajat atas pernikahan kami, Adam menghampirinya dan mula menyarungkan cincin di jari manisnya. Adam menghadiahkan Aliya sebuah senyuman yang manis, ketika mata kami bertembung. Aliya bersalaman lalu mencium tangan Adam, Aliya terasa kucuapan hangat didahinya. Dia cuba menahan sebak dihatinya, selepas disarungkan cincin, kedua-duanya menitiskan airmata.
            “Terima kasih kerana menerima abang.” Dahi Aliya dikucupnya. Keadaan menjadi sayu melihat kedua-dua mempelai bercucuran airmata. Aliya bersalaman ibunya dan mertuanya. Kelihatan diwajah mereka gembira melihat Aliya sah menjadi seorang isteri.
            “Alhamdulilla.” Datin Sara memeluk Aliya.
            “Kenapa ni. Tak suka dengan anak mama ke?” Aliya menyeka airmatanya.
            “Liya suka. Dia lelaki yang Liya cintai hingga hujung nyawa Liya.” Adam mengenggam erat jemari isterinya.
            “Mama nak tanya ni, nak honeymoon dimana?” usik Datin Sara. Mata mereka bertentang, Aliya tersenyum.
            “Kami mahu ke Semporna, ma. Disanalah tempat kami berjumpa.” jawab Adam.


Percikan ombak yang memukul batu mengena pada Aliya yang dari tadi mengelamun. Adam menghampiri isterinya setelah berkali-kali memanggil namun tiada balasan dari Aliya.
            “Sayang.. kenapa ni?” Adam merangkul lembut bahu Aliya. Adam mencium dahi Aliya.
            “Teringat masa mula-mula kita jumpa.” Aliya tersengeh.
            “ Abang sayangkan Liya, cintakan Liya sepenuh hati abang” Adam memandang Aliya dengan penuh rasa sayang. Sekali lagi dua pasang mata bertaut.
           “ Liya cintakan abang. Jangan tinggalkan Liya lagi. Liya tak sanggup hidup tanpa abang.” Hati Adam tersentuh dengan apa yang diucapkan.
           “ Abang tak pernah berniat nak tinggalkan Liya.” Adam merenung lembut wajah Aliya. Aliya tetap masih cantik. Aliya pantas memeluk tubuh Adam.
            “ Abang, siapa sangka rupanya kita sudah lama bertunang. Mujurlah Liya tak putuskan pertunangan.” Bulat mata Adam.
            “Kenapa?” Aliya tersenyum.
            “Sebenarnya Aliya kembali di sini untuk putuskan pertunangan, tapi abang beri Liya kad jemputan. Liya gagahkan diri untuk baca nama pengantin perempuan tu. Siti Nuraliya Bt Mohd Jeefri.. itu nama Liya.” Adam tersenyum.
            “Abang pun tak sangka, sayang. Masa tu abang rasa macam nak lompat dari sini, hati abang seronok macam nak minta nikah esok juga.” Adam mengusik. Aliya mencubit lembut dipinggang Adam.
            “Aduh! Sayang, dulu abang kenal tak adalah cubit-cubitan. Sakitnya.” Adam mengosok pinggangnya.
            “Dulu mana boleh bersentuhan bukan mahram.” Aliya menampar lengan Adam.
            “Amboi, sayang ni. Boleh tahan.” Aliya meletakkan tapak tangannya di pipi Adam.
            “Akhirnya Liya memiliki kasih, sayang dan cinta abang.” Aliya mencium pipi Adam.
            “Sayang, abang ada satu lagi rahsia, rahsia ini sayang mesti tahu.” Aliya mengerutkan dahinya. Matanya memandang tepat di mata Adam.
            “Sebenarnya almarhum Razak di langgar oleh adik abang, Diana. Abang sudah lama kenali sayang sewaktu di hospital lagi. Abang mohon maaf bagi pihak almarhumah Diana.” Aliya tiada tindak balas, matanya masih tepat memandang Adam.
           “Tak mengapa. Perkara yang terjadi memang tidak dapat di elak, Liya tidak layak untuk menghukum sesiapa pun. Sekarang ni, Liya nak tumpukan sepenuh perhatian Liya pada abang je. Abang jangan nak pandang orang lain, kalau tak Liya cubit kuat-kuat.” Adam mencium dahi Aliya, Aliya membalas kucupan Adam. Adam merangkul Aliya erat. Kini, sudah hampir 2 tahun peristiwa itu berlalu, Adam dan Aliya sudah mampu mengukirkan senyuman bahagia. Segala apa yang telah berlaku adalah ketentuan Yang Maha Esa dan berkat kesabaran, kebahagiaan yang dicari akan tetap menjadi milik setiap insan. Sesungguhnya, pengalaman, cabaran dan dugaan yang diberikan oleh Tuhan kepada hambaNya adalah untuk mematangkan lagi fikiran.

- Tamat -